Puchong

Posted by Ali on December 19th, 2019

Puchong telah wujud sejak lebih dari 120 tahun dahulu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung Puchong tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Melayu memberi nama kawasan itu yang kekal hingga ke hari ini.

Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan sepanjang Jalan Puchong.

Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil berada di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebahagian besar pula ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah pentadbiran Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong, KESAS, ELITE dan Lebuhraya Sungai Besi.

Puchong telah menjadi sebuah bandar yang berkembang pesat di Lembah Klang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur dan rangkaian pengangkutannya yang baik. Sebanyak 8 stesen LRT berada di kawasan ini, dari Alam Sutera ke Puchong Prima. Lokasinya yang berdekatan di antara Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Serdang dan Putrajaya dijangka menjadi pusat perniagaan yang melengkapi Kuala Lumpur.

Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan yang besar. Antaranya seperti DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk.

Sektor perkhidmatan juga mula berkembang di Puchong seperti kereta sewa Puchong, menjahit, pembersihan dan lain2 dengan permintaan yang semakin meningkat setiap tahun.

Like it? Share it!


Ali

About the Author

Ali
Joined: November 18th, 2019
Articles Posted: 2

More by this author