Masukkan isi ayam yang telah dipotong bersama garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang telah digaul tadi sehingga hampir garing. Angkat dan toskan ayam itu. Diingatkan supaya tidak menggoreng terlalu lama, takut ayam keras.
Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan bahan lain; kacang panjang, lobak merah, dan cili. Tumis bersama garam, gula dan perasa seperti sos tiram.
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekali lagi sehingga semua bahan sebati bersama ayam. Jangan goreng terlalu. Apabila semua bahan sudah masak, tutup.