Minyak wangi

Posted by ajperf on January 30th, 2020

Minyak Wangi: Semua Yang Anda Ingin Tahu 

Apa Itu Perfume?

Ia merupakan campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut untuk menghasilkan ‘bau yang menyenangkan’.

Kepelbagaian jenis minyak wangi dibezakan dengan kepekatan sebatian aromatik di dalam pelarut iaitu etanol atau campuran air dan etanol.

Kepekatan dan kekuatan sebatian aromatik itu ini menentukan samada perfume yang dipakai itu tahan lama atau sebaliknya.

 

5 Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

 

Tahukah anda, semakin tinggi peratusan sebatian aromatik itu, maka semakin panjang tempoh masa wangian itu.

Sebelum membeli sebarang perfume, pastikan anda tahu beberapa istilah yang sering dikaitkan dengannya.

 

Perfume atau Parfum

  • Mengandungi kepekatan minyak wangi yang tertinggi.
  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 20% sehingga 30%.
  • Harga sangat mahal.
  • Haruman bertahan sehingga 12 jam.
  • Sesuai untuk mereka yang gemarkan perfum berkualiti yang tahan seharian.

Eau de Parfum (EDP)

  • Mengandungi kepekatan minyak wangi kedua tertinggi.
  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 10% sehingga 20%.
  • Mengandungi lebih air atau alkohol di dalam campuran minyak wangi.
  • Haruman bertahan di antara 8 ke 12 jam.
  • Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘niche perfume’

Eau de Toilette (EDT)

  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 4% sehingga 15%.
  • Jenis yang biasa digunakan untuk minyak wangi lelaki.
  • Sesuai untuk anda yang gemarkan bauan yang ringan.
  • Lebih banyak kandungan alkohol dan dijual dalam bentuk spray.
  • Tidak tahan lama.

Eau de Cologne (EDC)

  • Mempunyai tahap kepekatan di antara 2% sehingga 5%.
  • Sesuai untuk anda yang gemarkan bauan yang ringan dan segar.

Eau de Fraiche (EDF)

  • Minyak wangi yang mengandungi kepekatan yang terendah.
  • Mempunyai tahap kepekatan 1% hingga 2% sahaja.
  • Sesuai untuk mereka yang mahukan haruman harian tanpa perlu berbelanja mahal.

Like it? Share it!


ajperf

About the Author

ajperf
Joined: November 18th, 2019
Articles Posted: 51

More by this author