Bank Soalan UPSR

Posted by ajperf on February 27th, 2020

Pasti ramai di kalangan murid sekolah bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September akan datang.

Mungkin ada yang berasa masih terlalu awal, tetapi ingat! Persediaan menghadapi peperiksaan perlu bermula lebih awal.

Untuk membantu anda, kami akan dedahkan anda dengan pautan penting berkenaan bank soalan UPSR. Teruskan membaca artikel ini.

Sesiapa sahaja pasti mahu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Bukan sahaja untuk menggembirakan hati ibu dan bapa, namun keputusan cemerlang menjadi kayu ukur kepada usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan selama ini.

UPSR, merupakan salah satu peperiksaan wajib diambil oleh pelajar sekolah selain Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Makluman Tentang Peperiksaan UPSR

UPSR adalah peperiksaan khusus yang diambil oleh murid-murid Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

Bagi tahun 2020, Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan peperiksaan UPSR akan dijalankan selama lima hari bermula dari:

1 hingga 3 September 2020, dan

7 dan 8 September 2020.

Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengemaskini jadual peperiksaan UPSR yang lengkap dengan tarikh peperiksaan dan masa, kod kertas dan tempoh peperiksaan dijalankan.

Like it? Share it!


ajperf

About the Author

ajperf
Joined: November 18th, 2019
Articles Posted: 51

More by this author