RAWATAN FISIOTERAPI SAKIT BELAKANG

Posted by evercare on March 26th, 2020

Adakah anda mengalami sakit belakang atau sakit pinggang sehingga menyebabkan anda rasa tidak selesa.

Sakit pinggang yang dialami boleh dirasai pada skala 7-10 sehingga boleh mengganggu pergerakan aktiviti seharian.

Rawatan altenatif atau urutan telah banyak kali dibuat tetapi ianya tidak memberi kesan dan menghilangkan rasa sakit pinggang.

 

Rawatan Fisioterapi Sakit Pinggang

Kemungkinan punca sakit belakang atau sakit pinggang

  • Pernah mengalami trauma sama ada pernah terjatuh atau pernah terlibat dalam kemalangan.
  • Masalah berat badan yang melebihi BMI normal.
  • Melakukan pergerakan pekerjaan berat yang berulang-ulang contohnya mengangkat barang yang memerlukan pergerakan membongkok. 
  • Gaya hidup moden masa kini yang lebih “PEMALAS” (sedentary lifestyle). Takrifan pemalas di sini adalah postur badan yang membongkok semasa mengadap PC dan handphone dalam jangka masa yang lama. 
  • Individu yang memandu jarak jauh dan lama juga adalah berisiko untuk mengidapnya.
 
Sakit belakang atau sakit pinggang tidak seharusnya dipandang ringan kerana ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah sakit belakang.
 
Sakit belakang atau sakit pinggang boleh dikaitkan dengan penyakit seperti lengkungan 's' atau scoliosisslipped disc, spondylosis, spondylolisthesis, ankylosing spondylitis dan sebagainya. Oleh itu, sebelum anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya sebaiknya diagnosis tepat harus dilakukan untuk mengenalpasti punca sakit belakang seseorang pesakit.
 
Masalah sakit belakang atau sakit pinggang ini boleh dirawat dan dipulihkan dengan menjalani sesi fisioterapi (Physiotherapy) secara berkala untuk menguatkan otot tulang belakang. Rawatan alternatif seperti urutan tradisional mungkin berkesan untuk melegakan kesakitan tetapi kesannya hanyalah sementara kerana ianya tidak memulihkan masalah sebenar yang dialami.
Link To Directory
Top Searches - Trending Searches - New Articles - Top Articles - Trending Articles - Featured Articles - Top Members

Copyright 2020 Uberant.com
739,071 total articles and counting.