LENGKUNGAN "S" ATAU SCOLIOSIS

Posted by evercare on March 26th, 2020

Apakah itu scoliosis?

Keadaan di mana tulang belakang akan kelihatan melengkung ke tepi.

Puan 'S' telah mengalami kesakitan selama 6 bulan lebih di bahagian badan sebelah kiri dan merasa kebas di bahagian kiri muka. Beliau telah merujuk kesnya dan mendapatkan pemeriksanan kepada beberapa  doktor. Pemeriksaan ujian darah serta beberapa ujian pemeriksaan lain telah dilakukan, namun kesakitan yang dialami beliau tidak juga surut-surut.
 
 
Itulah keputusan penilaian awal fisioterapi berpengalaman kami dan mendapati Ms S mengalami scoliosis apabila Ms S merujuk kesnya kepada kami. Scoliosis adalah keadaan tulang belakang individu yang bengkok ke kiri atau ke kanan yang mungkin menjadi penyebab kesakitan.
 
Langkah pembetulan postur badan adalah menjadi keutamaan kami dalam merangka program rawatan dan pemulihan serta senaman regangan yang bertujuan untuk meregangkan otot yang pendek atau tegang dan menguatkan otot yang lemah.
 
Kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan Ms S dalam menjalani rutin program rawatan dan pemulihan mulai menunjukkan hasilnya apabila rasa kesakitan yang dialaminya mulai berkurangan selepas menjalani beberapa sesi program. Kini kami gembira apabila dimaklumkan bahawa beliau kini mulai bebas kesakitan yang pernah dialaminya. EvercarePhysiotherapy  berharap agar beliau terus tekun untuk meneruskan  latihan senaman yang telah diajar dan mengekalkan postur badan yang betul dengan memastikan kedudukan kanan beliau tegak untuk mengelakkan berlakunya lagi lengkungan S.
 
Gaya hidup moden hari ini yang bergantung penggunaan alat-alat canggih seperti handphone dan juga laptop yang digunakan dalam aktiviti seharian telah menyebabkan masalah seperti sakit bahu, sakit leher, sakit belakang, dan sakit pergelangan tangan menjadi masalah yang biasa dialami.
Link To Directory
Top Searches - Trending Searches - New Articles - Top Articles - Trending Articles - Featured Articles - Top Members

Copyright 2020 Uberant.com
739,053 total articles and counting.