Padanan Baju dan Tudung

Posted by ajperf on January 30th, 2020

Padanan Warna Baju dan Tudung (Panduan Lengkap)

Macam mana nak match-kan warna baju dan tudung saya ya?

Perasan atau tidak, ini merupakan situasi yang kerap berlaku; baju nak cuba pakai baju yang baru dibeli, terus tukar baju lain.

Dah berpuluh-puluh baju dalam almari dicuba, tetap rasa janggal. Puncanya; warna baju dan tudung tak sepadan!

Anda sering berdepan dengan situasi ini?

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda menyuaipadan warna baju dan tudung.

Bagi wanita, warna memainkan peranan yang penting dalam pemilihan baju, tudung dan aksesori yang bersesuaian.

Ada wanita terpaksa mengambil masa yang lama untuk bersiap di depan cermin, malah ada yang sampai bad mood dibuatnya jika padanan pakaian tak kena gaya.

Jangan terkejut kalau ada yang bertukar baju dan tudung lebih dari tiga kali hanya kerana kombinasi warna tak menarik.

Apa lagi kalau nak keluar temu janji buat pertama kali, pastinya setiap wanita mahu kelihatan cantik dengan pemakaiannya.

Padanan warna yang betul akan membangkitkan penampilan seseorang supaya kelihatan lebih menawan, bergaya dan berkeyakinan.

Tak kisahlah sama ada nak padankan baju dengan seluar, baju dengan tudung atau aksesori sekali pun, tetap ada panduannya..

Sama ada hendak ke pejabat, keluar hujung minggu bersama teman-teman atau ketika hari raya, seseorang wanita perlu menjaga penampilannya.

Pening kepala nak pilih padanan warna baju dan tudung yang bersesuaian?

Jangan risau, sekarang kami kongsikan panduan warna baju dan tudung oleh guru imej Puan Mary.

Like it? Share it!


ajperf

About the Author

ajperf
Joined: November 18th, 2019
Articles Posted: 51

More by this author