Jual RumahPosted by ajperf on January 31st, 2020 Panduan Lengkap Jual Rumah TerkiniBagi kebanyakan orang yang memiliki rumah, prosedur jual rumah adalah suatu yang merumitkan dan sukar dilakukan.Sebenarnya proses jual rumah dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya kena dengan cara-caranya. Di dalam artikel ini, kami dedahkan cara-cara untuk menjual rumah. Selain itu, anda juga bakal mengetahui beberapa kaedah menggunakan ejen atau sendiri untuk menjual rumah. Teruskan membaca sehingga tamat. Proses Untuk Menjual Rumah Tanpa EjenProses Pertama: Menetapkan Harga Rumah Yang Ingin Dijual Adalah penting untuk anda mengetahui nilai rumah anda sekarang kerana ia amat berbeza jika dibandingkan dengan 5, 10 tahun yang lepas. Ambil kira faktor lokasi dan pembangunan yang ada di kawasan perumahan anda. Kaedah yang boleh digunakan untuk menyemak nilai semasa rumah adalah: a.Tanya pegawai bank b.Semak dengan ejen hartanah c.Lantik penilai profesional Ramai memilih kaedah melantik penilai profesional kerana nilainya lebih tepat yang dilampirkan dalam satu laporan. Semakan rumah memerlukan butiran seperti jenis rumah, alamat rumah, saiz lot dan binaan, kedudukan lot, bilangan bilik dan butiran ubahsuai. Proses Kedua: Kaji Permintaan Tentang Rumah Yang Ingin Dijual Ini juga antara langkah penting supaya anda tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan proses penjualan. Misalnya, harga rumah anda selepas dinilai oleh jurunilai profesional adalah RM300,000. Namun ada rumah berdekatan anda yang turut dijual berharga RM250,000. Sudah tentu rumah anda sukar untuk dijual. Apa kata, anda letak harga permulaan rumah anda pada RM280,000 supaya tidak terlalu jauh perbezaanya dengan pesaing. Dalam meletak harga rumah, ambil kira beberapa faktor di bawah yang mungkin menyebabkan sukar mendapatkan pembeli. Antaranya: a.Rumah berdekatan dengan loji kumbahan b.Rumah telah rosak c.Rumah pangsapuri/apartment di unit paling atas d.Rumah berdekatan dengan pencawang elektrik. Proses Ketiga: Kira Kos Jual Rumah Perlu diingat proses jual rumah ini tidak memerlukan pemiliknya mengeluarkan duit. Ada beberapa kos yang perlu ditanggung sebelum rumah dijual kepada pemilik baru.
Proses Ketiga: Kira Kos Jual Rumah Perlu diingat proses jual rumah ini tidak memerlukan pemiliknya mengeluarkan duit. Ada beberapa kos yang perlu ditanggung sebelum rumah dijual kepada pemilik baru. Like it? Share it!More by this author |