Panduan Memilih Medical Card

Posted by red bella on February 20th, 2020

“Perlukah saya memiliki medical card sekarang?” Itulah persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan orang. Sekiranya dilihat pada keadaan semasa, kos perubatan semakin naik setiap tahun iaitu lebih kurang pada kadar 15%. Bagi mereka yang tidak memiliki kad perubatan, ada yang sanggup mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk menampung kos perubatan hospital yang melambung naik. Ia mungkin masalah kecil bagi mereka yang berkemampuan. Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki keluarga dan anak-anak yang bersekolah? Adakah mereka mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaik di saat-saat yang memerlukan? Adakah mereka sanggup menunggu giliran yang lama di hospital kerajaan yang sememangnya penuh dengan pesakit. Artikel ini mengupas lebih lanjut tentang keperluan memiliki medical card, jenis-jenis medical card dan coverage (liputan), maksud medical kad dan rider, manfaat-manfaat serta cara untuk memohon medical card secara online. Teruskan membaca sehingga tamat. Apa Itu Medical Card? Image result for medical card" Dengan melanggan medical card, ia merupakan tanda pengenalan untuk membolehkan anda mendapat rawatan hospital. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di hospital panel, anda akan mendapat manfaat mengikut kelayakan medical plan yang anda pilih. Kenapa Medical Card Penting? Image result for hospital registration counter" Kad perubatan sangat membantu semasa pendaftaran di hospital panel. Anda hanya perlu tunjukkan kad ketika pendaftaran, kemudian terus dapatkan rawatan. Tidak perlu lagi risau mengenai kos dan bayaran rawatan. Semuanya akan diuruskan oleh syarikat insurans mengikut manfaat pelan perubatan yang telah anda pilih. Bagaimana Kad Perubatan Hospital Digunakan? Kebanyakan syarikat insurans menawarkan beberapa jenis pelan medical card yang anda boleh pilih. Medical plan yang ditawarkan mengandungi perbezaan dari segi jumlah had perlindungan seumur hidup dan perlindungan tahunan, jenis rawatan dan tempoh perlindungan. Kadar bayaran adalah bergantung pada jenis plan yang anda pilih dan langgan. Sekiranya permohonan anda diterima, syarikat insurans akan memberikan medical card kepada anda. Anda boleh menggunakan kad ini ketika mendapatkan rawatan di hospital. Fahami Terma-Terma Medical Card di Malaysia Image result for hospital patient and doctor" Untuk lebih memahami lebih lanjut mengenai medical card di Malaysia, mari ketahui terma-terma yang sering digunakan oleh syarikat insurans. Kad standalone dan rider Terdapat dua jenis kad yang ditawarkan oleh syarikat insurans: kad standalone ‘rider’. Secara umumnya, kedua-dua jenis kad ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Kad perubatan standalone merujuk pada medical plan yang anda langgan tanpa memerlukan anda melanggan sebarang plan asas lain. Oleh itu, harganya selalunya lebih berpatutan. Namun begitu, ia akan luput sekiranya terlepas bayaran premium/sumbangan. Rider pula merujuk pada medical plan yang anda langgan dan perlu diambil bersama plan asas (insurans hayat/takaful keluarga). Ianya juga boleh diambil bersama pilihan tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan waiver premium/sumbangan. Had tahunan dan had sepanjang hayat Ada dua jenis had pampasan yang anda perlu ketahui iaitu had perlindungan tahunan dan had perlindungan sepanjang hayat. Had tahunan adalah jumlah yang anda boleh tuntut setiap tahun. Ianya akan diperbaharui setiap ulangtahun polisi/sijil anda. Had seumur hidup pula adalah jumlah penuh yang anda boleh tuntut sepanjang tempoh medical plan tersebut. Anda digalakkan untuk memilih medical plan dengan had tahunan yang diperlukan mengikut kemampuan anda. Rawatan hospital dan kelayakan bilik hospital Kebiasaannya, rawatan hospital dan kelayakan bilik hospital adalah termasuk dalam insurans perubatan. Ianya bergantung pada jenis pelan dan manfaat medical card anda. Jika anda ingin ‘upgrade’ bilik hospital atau mendapatkan rawatan yang tidak termasuk dalam medical plan, anda perlu tambah sendiri bayaran ekstra tersebut. Panel hospital Setiap kad perubatan mempunyai panel hospital untuk anda mendapatkan rawatan. Periksa terlebih dahulu senarai panel hospital panel sebelum anda langgan kad perubatan. Pastikan panel hospital yang tersenarai adalah berdekatan dan mudah untuk anda pergi. Medical Card Terbaik? Sebenarnya tiada medical card terbaik; semuanya bergantung kepada keperluan, kesesuaian dan kemampuan anda. Oleh itu, carilah medical plan yang sesuai dengan keperluan anda. Baca polisi dan fahamkan terma dan syarat yang ada. Etiqa Medical Card Kini, anda boleh memohon medical card secara online melalui website Etiqa dengan mudah dah cepat. Lebih mudah lagi, anda tidak akan mendapat kad fizikal, tetapi hanya perlu bawa IC dan menyatakan dilindungi oleh Etiqa untuk kemasukan ke hospital panel. Etiqa menawarkan medical plan serendah RM1.74 sehari dan tanpa had seumur hidup. Melalui permohonan online, anda tidak perlu lakukan medical check-up. Anda juga boleh memilih salah satu pelan, samada pelan insurans (konvensional), e-Medical Pass atau pelan patuh Syariah, e-Medical Pass Takaful. Untuk mendapatkan e-Medical Pass oleh Etiqa, anda hanya perlu mengisi butiran diri anda. Kemudian, jawab tiga soalan mudah. Anda juga boleh berhubung secara ‘online chat’ di laman web Etiqa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Selepas itu, anda boleh memuat turun aplikasi Etiqa Smile untuk mengurus polisi/sijil, membuat carian hospital panel terdekat, mengemukakan tuntutan perubatan dan menyemak status Surat Jaminan (GL). Sungguh mudah sekarang.

 

takaful malaysia

takaful

takaful insurance

takaful insurance malaysia

life takaful

insurance malaysia

medical card malaysia

insurance company in malaysia

medical insuran malaysia

health insurance

medical card

car insurance malaysia

motorcycle insurance

Like it? Share it!


red bella

About the Author

red bella
Joined: July 10th, 2019
Articles Posted: 11

More by this author